Khamis, 5 Januari 2017

KERJASAMA PUSAT DAN NEGERI PENTING BAGI MENANGANI BANJIR : TPM


PASIR MAS: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi YB Dato' Seri Mahadzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia meninjau mangsa banjir di Pusat Perpindahan Banjir SK Rantau Panjang 2 hari ini.

Lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merupakan yang kedua melawat mangsa banjir semenjak ianya mula melanda Kelantan.

Sebelum pada ini Timbalan Perdana Menteri pernah melawat mangsa banjir dan menyampaikan sumbangan banjir di Jeli pada awal januari lepas selepas banjir mula melanda negeri pantai timur ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri penting bagi menangani isu banjir di Kelantan yang berlarutan sekian lama untuk kesejahteraan semua mangsa banjir dan seluruh rakyat.

Semenjak tengahari tadi mangsa banjir di Kelantan adalah seramai 14,493 orang mangsa melibatkan 5,162 keluarga serta 50 pusat perpindahan banjir bagi seluruh negeri Kelantan.

Mangsa banjir di Pasir Mas merupakan yang teramai setakat hari ini ianya melibatkan lebih 10 ribu mangsa serta melebih 3 ribu keluarga manakala daerah Tumpat merupakan yang kedua teramai setakat ini..MF73 SMNET News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan