Jumaat, 6 Januari 2017

KONSORTIUM PENAJAAN DIBENTUK BANTU RED WARRIORS MUSIM 2017


KOTA BHARU: Mantan Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan penyertaan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia 2017. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang telah diadakan di Kota Bharu pagi tadi

Tan Sir Annuar Musa berkata kehadiran beliau adalah sebagai penaja menerusi syarikatnya iaitu kumpulan Al-Hamra serta Pengerusi RedOne dan pada sidang media itu beliau menegaskan tidak akan kembali sebagai presiden KAFA.

Kumpulan Al-Hamra Group dan Red One akan membentuk satu konsortium terdiri daripada beberapa buah syarikat untuk mencari dana buat pasukan Kelantan terus beraksi dalam Liga Malaysia. Beliau meminta tempoh sehingga 14 Jan ini untuk membentuk satu konsortium penaja.

Sekarang ini 3 pemain import termasuk satu dari Asia akan menandatangani kontrak dalam masa terdekat untuk beraksi bagi pasukan Kelantan. Sebagai penaja, Tan Sri Annuar Musa meminta jersi pasukan Kelantan untuk tahun ini kembali kepada warna tradisi The Red Warriors sebelum ini iaitu warna merah dan biru serta berelemen petak-petak.

Beliau mensasarkan 7 hingga ke 8 syarikat akan membentuk satu konsortium penaja. Sekarang ini terdapat beberapa buah syarikat sudah mengesahkan akan bersama konsortium dan sasaran penajaan ialah sebanyak RM10 juta..MF73 SMNET News

Tiada ulasan:

Catat Ulasan