Isnin, 2 Januari 2017

MANGSA BANJIR DI RANTAU PANJANG MENINGKAT


PASIR MAS: Mangsa banjir di Rantau Panjang terus meningkat petang ini akibat limpahan air Sungai Golok dan hujan yang berterusan semenjak semalam.

Menurut portal e.banjir Negeri Kelantan mangsa banjir yang dipindahkan setakat pukul lima petang tadi adalah seramai 241 mangsa membabitkan 85 keluarga.

Menurut portal itu lagi, sebanyak 8 pusat perpindahan banjir telah dibuka semenjak banjir melanda sehingga petang ini.

Pusat perpindahan yang telah dibuka sehingga kini ialah Sek. Keb. Kampung Rahmat, Sek. Keb. Gua Tok Deh, KRT Lubok Setol, Sek. Keb. Rantau Panjang 2, Sek. Men. Agama Kampung Bonggor, Madrasah Kampung Rahmat Hilir, Sek, Men. Agama Lati Gual Periok dan Madrasah Bechah Kaki bagi kawasan Rantau Panjang.

Manakala sukatan aras air terkini bagi Sungai Golok adalah 10.24 meter sehingga pukul lima petang tadi ianya melebihi paras bahaya 9 meter, manakala laporan cuaca adalah hujan berterusan sehingga hari ini. SMNET NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan