Selasa, 24 Januari 2017

MASYARAKAT ORANG ASLI GESA SUHAKAM BERTINDAK


 Penduduk Orang Asli daripada sekitar Gua Musang dan Lojing mendesak pihak SUHAKAM supaya mengadakan satu inkuiri terhadap Kerajaan Negeri Kelantan yang membenarkan pencerobohan berterusan wilayah adat orang asal di Kelantan.

Mereka berkata, pencerobohan wilayah adat orang asli dengan pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau Hakmilik Kekal (Pajakan Negeri) berlaku sejak tahun 2000 lagi dan kini keadaan bertambah kritikal.

Kata mereka lagi, cukuplah Orang Asli ditahan serta kubur dan tanah adat resam mereka dicerobohi untuk sekian lama.

Oleh itu mereka mendesak SUHAKAM memulakan inkuiri terhadap salah guna kuasa Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Hutan.

Pada 25 Januari, iaitu esok wakil Orang Asli lebih 10 buah kampung akan hadir menyampaikan memorandum dan aduan kepada pihak SUHAKAM di Kuala Lumpur pada pukul 2 petang serta berharap pihak media dapat melaporkan perkara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan