Isnin, 2 Januari 2017

PEKAN RANTAU PANJANG MULAI BANJIR


RANTAU PANJANG: Keseluruhan pekan Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai  di sini ditutup akibat  dinaiki air melebihi satu meter sejak tengah malam tadi.

Beberapa laluan masuk ke pekan Rantau Panjang dan perkampungan di tebing Sungai Golok juga ditenggelami air banjir.

Bacaan paras Sungai Golok kini mencatatkan bacaan melebihi 10 meter iaitu melepasi paras bahaya, 9 meter.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Mohd Adni Ibrahim berkata, sehingga 9 pagi tadi, 159 penduduk Rantau Panjang membabitkan 63 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Beliau menjangkakan jumlah mangsa dipindahkan akan terus
meningkat berikutan air sungai menunjukkan trend menaik selain hujan yang masih berterusan.

"Kita bersiap sedia memantau keadaan dan berusaha memindahkan mangsa yang terdedah kepada banjir ke pusat pemindahan. Setakat ini, pekan Rantau Panjang sudah tidak boleh dimasuki kepada semua kenderaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan