Selasa, 28 Februari 2017

KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI AFC 2017


Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC Malaysia 2017 yang bakal berlangsung pada 4-11 Mac 2017 bertempat di Pantai Batu Buruk, Terengganu.

13 pasukan yang bakal berentap di Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC Malaysia 2017 (AFC Beach Soccer Championship Malaysia 2017)

Kumpulan A:
IR Iran
Bahrain
China PR
Malaysia
Afghanistan

Kumpulan B:
Oman
Lebanon
Uzbekistan
Thailand

Kumpulan C:
Japan
UAE
Iraq
Qatar

Perlawanan Kumpulan A:
China PR v Bahrain
4 Mac 2017
 Sabtu
2 Petang

Afghanistan v Malaysia
4 Mac 2017
Sabtu
4.30 Petang

Ahad, 26 Februari 2017

RAJA ARAB SAUDI BERANGKAT KE ISTANA NEGARA


KUALA LUMPUR: Raja Arab Saudi dan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud berangkat ke Istana Negara bagi mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.



Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Raja Salman seterusnya meraikan Raja Salman bersama delegasinya dengan Santapan Negara.

Lawatan bersejarah ini jelas berupaya menyumbang kepada pengukuhan talian persaudaraan serta hubungan antara pemimpin kedua-dua negara.

Sabtu, 25 Februari 2017

KELANTAN KALAH LAGI DI KOTA BHARU


KOTA BHARU: Pasukan Kelantan menerima kekalahan buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sekejap tadi. Kekalahan malam ini ketika Kelantan menerima kunjungan pasukan Selangor dengan kemenangan dua kosong tampa balas.

Kelantan yang turun tampa kapten pasukan Mohd Badhri Radzi yang telah direhatkan dibangku simpanan dan tugasnya telah diambil oleh Indra Putra sebagai kapten pasukan menerima tempias apabila Selangor menjaringkan gol seawal minit ke-4 perlawanan oleh penyerang import mereka Juliano Minieiro Fernandes.

Selepas gol pertama jaringan pasukan lawan dalam separuh masa pertama Kelantan telah bangkit melakukan serangan demi serangan kepintu gol Selangor. Kesebelasan pemain Kelantan yang berganding dengan pemain import Kelantan Muhamad Ghaddar melakukan serangan demi serangan kekubu lawan akan tetapi serangan telah berjaya dipatahkan oleh pertahanan dan penjaga gol Selangor yang bertindak cemerlang.

Dalam separuh masa kedua Kelantan melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan Hasmizan Kamarodin dan memasukkan Badhri Radzi yang direhatkan dalam separuh masa pertama. Pada minit ke-47 percubaan kaki kanan Shahrul Hakim telah tersasar di sebelah kiri tiang gol pasukan Selangor dan selepas pada itu Mohamad Ghaddar pula cuba memasuki kawasan pertahanan Selangor namun telah dikawal ketat oleh empat pemain pertahanan Selangor.

Pemain Kelantan telah berusaha keras untuk memasuki kawasan kotak penalti pasukan Selangor namun masih lagi tidak berjaya dan pada minit ke-63 Selangor berjaya menjaringkan gol kedua sekali lagi oleh penyerang import mereka Juliano Minieiro Fernandes menewaskan Khairul Fahmi.

Selepas perlawanan malam ini Selangor berjaya naik tempat keempat liga memintas Perak yang turun ke tempat kelima liga. Selangor berjaya mengutip 11 mata dalam enam perlawanan Liga Super dengan tiga kemenangan serta dua perlawanan seri dan satu kekalahan. Manakala Kelantan turun dua anak tangga daripada tangga kelapan liga ke tangga kesepuluh liga dengan memperoleh enam mata daripada lima perlawanan...SMNET NEWS

oleh: Mohamad Fauzi Mohd Zain

Selasa, 21 Februari 2017

TRW KECUNDANG KALI KEDUA DI KOTA BHARU



KOTA BHARU: Kelantan mengalami kekalahan kali kedua digelanggang sendiri dalam saingan Liga Super 2017 menentang Melaka United malam ini dengan kesudahan bolos dengan dua gol tampa balas. Perlawanan yang sedikit hambar dibahagian tengah dan sesekali melakukan serangan kearah pintu gol lawan membawa padah kepada pasukan Kelantan diseparuh masa kedua apabila Melaka United berjaya menjaringkan gol.


Dua gol telah berjaya dihasilkan oleh Melaka United pada malam ini dan bagi gol yang pertama disumbangkan oleh pemain import mereka Ilija Spasojevic pada minit ke-59 serta gol kedua Melaka United yang juga diseparuh masa kedua  dijaringkan oleh Muhd Fauzi Roslan pada minit ke-91 masa tambahan.


Pada minit ke-38 tendangan lemah pemain Kelantan Khairul Izuan Rosli hanya tersasar disebelah kiri tiang gol Melaka United setelah menerima umpanan pemain Kelantan Qayyum. Kelantan mempunyai peluang lagi pada minit ke-41 oleh Indra Putra tetapi tendangan percuma hanya sedikit sahaja melepasi palang gol pasukan Melaka United.


Peluang bagi pasukan Kelantan untuk menjaringkan gol terhidang pada minit ke-43 oleh penyerang import Kelantan Muhammad Ghaddar akan tetapi ianya berjaya ditepis oleh penjaga gol Melaka United dengan lebih kemas dihadapan pintu gol mereka.


Pada malam sabtu ini Kelantan akan menerima kunjungan pasukan Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu dan harapan besar bagi peminat bolasepak Kelantan agar Kelantan memperolehi kemenangan pertama ditempat sendiri serta menambah tiga mata....MFMZ73 SMNET NEWS

Ahad, 19 Februari 2017

KELANTAN GAGAL RAIH TIGA MATA DI KOTA BHARU



KOTA BHARU: Skuad Kelantan gagal raih 3 mata berharga di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dalam perlawanan ketiga saingan Liga Super 2017 menentang skuad Helang Merah malam tadi.

Dalam perlawanan menentang Kedah, Kelantan tewas 0 - 1 serta menghadiahkan 3 mata berharga kepada skuad Kedah dalam saingan Liga Super 2017. Untuk rekod pasukan Kedah setakat ini belum lagi tewas dalam kesemua saingan liga serta menduduki carta pertama dalam saingan Liga Super 2017.



Skuad Kedah berjaya memperolehi gol melalui sepakan penalti pada minit ke 81" apabila penyerangnya dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi dan sepakan penalti disempurnakan oleh Badrol Bakhtiar.

Perlawanan malam tadi adalah kali kedua Kelantan mengalami kekalahan.Sebelum ini  Kelantan pernah mengalami kekalahan dalam persaingan kalah mati pusingan kedua Piala FA 2017 dengan pasukan PKNP FC dari Perak yang berlangsung ditempat lawan.

Pada selasa ini Kelantan akan menanti kunjungan Melaka United dalam perlawanan keempat Liga Super 2017 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV bermula jam 9 malam.

Perlawanan dengan Melaka United ini sepatutnya berlangsung diawal pembukaan musim Liga Super tetapi terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat yang melanda Kota Bharu..SMNET NEWS

#GomoKelateGomo

Sabtu, 18 Februari 2017

MB KELANTAN MENGIMAMI SOLAT ZOHOR DI PADANG MERBOK


KUALA LUMPUR: YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan mengimami solat zohor di Padang Merbok dan menyampaikan amanat sejurus ucapan pimpinan-pimpinan pelbagai NGO yang hadir seawal jam 1.30 petang tadi. Majlis diteruskan selepas solat asar dengan kuliah Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan beberapa ucapan pimpinan sehingga jam 11 malam nanti.

#H355
#RUU355

sumber & foto: Pejabat Menteri Besar Kelantan