Sabtu, 25 Februari 2017

KELANTAN KALAH LAGI DI KOTA BHARU


KOTA BHARU: Pasukan Kelantan menerima kekalahan buat kali ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sekejap tadi. Kekalahan malam ini ketika Kelantan menerima kunjungan pasukan Selangor dengan kemenangan dua kosong tampa balas.

Kelantan yang turun tampa kapten pasukan Mohd Badhri Radzi yang telah direhatkan dibangku simpanan dan tugasnya telah diambil oleh Indra Putra sebagai kapten pasukan menerima tempias apabila Selangor menjaringkan gol seawal minit ke-4 perlawanan oleh penyerang import mereka Juliano Minieiro Fernandes.

Selepas gol pertama jaringan pasukan lawan dalam separuh masa pertama Kelantan telah bangkit melakukan serangan demi serangan kepintu gol Selangor. Kesebelasan pemain Kelantan yang berganding dengan pemain import Kelantan Muhamad Ghaddar melakukan serangan demi serangan kekubu lawan akan tetapi serangan telah berjaya dipatahkan oleh pertahanan dan penjaga gol Selangor yang bertindak cemerlang.

Dalam separuh masa kedua Kelantan melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan Hasmizan Kamarodin dan memasukkan Badhri Radzi yang direhatkan dalam separuh masa pertama. Pada minit ke-47 percubaan kaki kanan Shahrul Hakim telah tersasar di sebelah kiri tiang gol pasukan Selangor dan selepas pada itu Mohamad Ghaddar pula cuba memasuki kawasan pertahanan Selangor namun telah dikawal ketat oleh empat pemain pertahanan Selangor.

Pemain Kelantan telah berusaha keras untuk memasuki kawasan kotak penalti pasukan Selangor namun masih lagi tidak berjaya dan pada minit ke-63 Selangor berjaya menjaringkan gol kedua sekali lagi oleh penyerang import mereka Juliano Minieiro Fernandes menewaskan Khairul Fahmi.

Selepas perlawanan malam ini Selangor berjaya naik tempat keempat liga memintas Perak yang turun ke tempat kelima liga. Selangor berjaya mengutip 11 mata dalam enam perlawanan Liga Super dengan tiga kemenangan serta dua perlawanan seri dan satu kekalahan. Manakala Kelantan turun dua anak tangga daripada tangga kelapan liga ke tangga kesepuluh liga dengan memperoleh enam mata daripada lima perlawanan...SMNET NEWS

oleh: Mohamad Fauzi Mohd Zain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan