Selasa, 21 Februari 2017

TRW KECUNDANG KALI KEDUA DI KOTA BHARU



KOTA BHARU: Kelantan mengalami kekalahan kali kedua digelanggang sendiri dalam saingan Liga Super 2017 menentang Melaka United malam ini dengan kesudahan bolos dengan dua gol tampa balas. Perlawanan yang sedikit hambar dibahagian tengah dan sesekali melakukan serangan kearah pintu gol lawan membawa padah kepada pasukan Kelantan diseparuh masa kedua apabila Melaka United berjaya menjaringkan gol.


Dua gol telah berjaya dihasilkan oleh Melaka United pada malam ini dan bagi gol yang pertama disumbangkan oleh pemain import mereka Ilija Spasojevic pada minit ke-59 serta gol kedua Melaka United yang juga diseparuh masa kedua  dijaringkan oleh Muhd Fauzi Roslan pada minit ke-91 masa tambahan.


Pada minit ke-38 tendangan lemah pemain Kelantan Khairul Izuan Rosli hanya tersasar disebelah kiri tiang gol Melaka United setelah menerima umpanan pemain Kelantan Qayyum. Kelantan mempunyai peluang lagi pada minit ke-41 oleh Indra Putra tetapi tendangan percuma hanya sedikit sahaja melepasi palang gol pasukan Melaka United.


Peluang bagi pasukan Kelantan untuk menjaringkan gol terhidang pada minit ke-43 oleh penyerang import Kelantan Muhammad Ghaddar akan tetapi ianya berjaya ditepis oleh penjaga gol Melaka United dengan lebih kemas dihadapan pintu gol mereka.


Pada malam sabtu ini Kelantan akan menerima kunjungan pasukan Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu dan harapan besar bagi peminat bolasepak Kelantan agar Kelantan memperolehi kemenangan pertama ditempat sendiri serta menambah tiga mata....MFMZ73 SMNET NEWS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan