Rabu, 29 Mac 2017

PRESIDEN PERANCIS LAWAT MALAYSIA


Kuala Lumpur: KDYMM SPBYD Agong XV Sultan Muhammad V Berkenan Berangkat Ke Majlis Sambutan Negara Sempena Lawatan Rasmi His Excellency Francois Hollonde President Of The French Republic Di Dataran Parlimen Malaysia. Dan Diiringi Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Serta Pembesar2 Negara.                          
Foto-Jabatan Penerangan Malaysia.

Isnin, 27 Mac 2017

NOTIS PEMBERITAHUAN MPKB-BRI


NOTIS PEMBERITAHUAN:

 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah memutuskan bahawa Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan dari Persimpangan Garong (berhampiran Maybank) sehingga Persimpangan Hospital Raja Perempuan Zainab II akan dijadikan JALAN SEHALA mulai 1 April 2017 sehingga 30 Jun 2017. Sekian. Harap maklum.

Jom Like FB SMNET News
#smnetnews

Khamis, 16 Mac 2017

JANDA MUDA DIKEHENDAKI TERBABIT KES PERBUATAN KHIANAT


KOTA BHARU: Polis mengesan seorang wanita disyaki terbabit dalam perbuatan khianat dengan membakar kereta dan rumah.

Dia dipercayai melakukan perbuatan itu secara berasingan dalam kejadian di Telipot dan Kubang Kerian, di sini, pada Ahad dan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, wanita terbabit dikenali Nur Atirah, 27, berasal dari Tumpat dan dipercayai masih berada di negeri ini.

“Kami mengesannya untuk bantu siasatan kes. Saya minta dia tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pengkalan Chepa, di sini.

“Sebelum ini, laporan kebakaran itu dibuat mangsa yang juga bekas suami yang berusia 30-an dan mentuanya.

“Kes pertama babitkan kebakaran kecil di rumah bekas suami di Telipot manakala kes kedua membabitkan kereta Toyota Wish yang diletakkan di hadapan rumah bekas mentuanya di Kubang Kerian,” katanya di sini, semalam.

Baharom berkata, orang ramai yang mengenali wanita berkenaan yang juga peniaga diminta menghubungi IPD di talian 09-7752200.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 435 Kanun
Keseksaan.

Kredit Foto: Kosmo

Rabu, 15 Mac 2017

PAKAI TOPENG DAN JAUHI LOKASI WABAK H5N1


KOTA BHARU: Pakai topeng dan jauhi lokasi wabak paling kurang 10 kilometer kawasan pantauan dari lokasi wabak bagi mengelak virus H5N1 mencari perumah baru.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Kamarudin Md Isa berkata, sehingga pagi ini, sebanyak 15,957 unggas dilupuskan dalam usaha pelbagai jenis sudah dimusnahkan di Kota Bharu dan Pasir Mas.

“Mereka yang mahu keluar dan masuk ke kampung wabak bermula dari Kampung Pulau Tebu, Tunjong melibatkan enam kawasan dijangkiti di Kota Bharu dan tiga lagi di Pasir Mas perlu mengambil langkah waspada.

“Orang kampung tidak digalakkan keluar masuk ke kampung wabak influenza H5N1, jika kita masuk ke situ, perlu pakai topeng khas N95 elak risiko,” katanya kepada pemberita, di pejabat JPV negeri, di sini, hari ini.

Antaranya jenis unggas yang dilupuskan termasuk ayam kampung, itik, burung puyuh, ayam serama, angsa dan burung ketitir.

Dr Kamarudin berkata, wabak tersebut boleh membawa bahaya dan mengesyorkan seboleh-bolehnya orang ramai tidak perlu masuk ke kampung terlibat.

“Kakitangan JPV negeri menjalankan usaha pelupusan dengan membuat penyemburan pada waktu malam kerana masa tersebut lebih sesuai untuk melupuskan populasi.

“Kita mendapat kerjasama yang baik daripada penternak, bagaimanapun kita masih berbincang dengan pihak berkuasa untuk melakukan sekatan statik bagi mengelak ternakan di kawasan terjejas dibawa keluar,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, pihaknya turut menasihatkan supaya aktiviti berkaitan unggas termasuk pertandingan suara burung candik dan laga ayam dihentikan pada masa ini.

“Kita masih menyiasat punca penyakit dan aktiviti laga ayam ini dikhuatiri punca ayam dijangkiti H5N1, mungkin ada kaitan dengan aktiviti laga ayam di sempadan.

“Kes ini kita lihat hampir serupa dengan kes 2004 (juga pernah berlaku di Kelantan) dan usaha mengenal pasti punca agak sukar, namun ia sudah tentu bawaan dari luar Malaysia, malah kita masih menjalankan perincian lebih lanjut mengenainya,” katanya.

Ahad, 12 Mac 2017

AMBO SAYANG RAKYAT KELANTAN


BACHOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk terus membawa pembaharuan di Kelantan dengan melaksanakan lebih banyak projek pembangunan bagi manfaat rakyat.

Beliau berkata, projek pembangunan bagi kebaikan rakyat dan membantu mengembangkan ekonomi Kelantan itu termasuk pembinaan Hospital Bachok dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).  

Selain itu, katanya, kerajaan juga menyediakan kemudahan lain seperti hospital baharu di Kuala Krai bernilai lebih RM300 juta yang sedang dalam pembinaan.  

"Kita buat hospital, universiti dan kereta api moden untuk rakyat Kelantan kerana ambo (saya) sayang rakyat Kelantan," katanya ketika berucap melancarkan program Jom Bantu Rakyat dan majlis pecah tanah Hospital Bachok di Kampung Bator, Jelawat, di sini hari ini.  

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa

Mohamed, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin. - Bernama

Sabtu, 11 Mac 2017

MB KELANTAN LUANG MASA LAWAT UTC



KOTA BHARU 11 Mac - Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob meluangkan masa melawat tapak perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri esok di UTC Kelantan, Jalan Hamzah pagi tadi.

Ahmad meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau tapak perasmian dan lokasi yang akan dilawati oleh Perdana Menteri.

Dalam lawatannya itu beliau turut melawat Agensi-agensi Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Pejabat Pengurusan UTC.

Dalam kesempatan yang sama beliau turut melihat raptai ringkas oleh urusetia perasmian bagi memastikan perjalanan perasmian esok berjalan lancar.

Hadir sama Pengarah Unit Strategi Nasional (NSU), Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Selain itu beliau turut diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan, Mazli Zakuan Mohd Noor, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (P&P) Kumpulan, Mohd Asri Sulaiman dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman.

Sumber: PKINK

Khamis, 2 Mac 2017

CUB PRIX 2017 PUSINGAN PERTAMA DI TEMERLOH



Kejohanan Malaysian Cub Prix 2017 bagi pusingan yang pertama tahun ini akan berlangsung di Kawasan Perindustrian Temerloh, Pahang selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad ini.

Litar bagi perlumbaan kejohanan Malaysian Cub Prix 2017 di Kawasan Perindustrian Temerloh telah terpilih untuk perlumbaan pusingan pertama daripada kesemua sepuluh pusingan musim 2017.

Kejohanan pada 4 dan 5 mac 2017 bagi melengkapkan kalendar perlumbaan cub prix tahun ini akan melibatkan pengunaan jentera baru untuk kategori CP150 yang pertama kali diperkenalkan di Temerloh untuk musim 2017.

Sebanyak empat kategori akan berentap dalam perlumbaan cub prix di Temerloh serta disetiap pusingan tahun ini iaitu bagi kategori WIRA KBS, CP115, CP150(Baru) dan PRO AM CUP.

Beberapa acara selingan seperti persembahan artis serta booth-booth pameran dan jualan untuk peminat cub prix telah disediakan sepanjang dua hari kejohanan berlangsung di Kawasan Perindustrian Temerloh sehingga Ahad ini. Masuk Adalah PERCUMA...SMNET NEWS