Sabtu, 11 Mac 2017

MB KELANTAN LUANG MASA LAWAT UTC



KOTA BHARU 11 Mac - Menteri Besar Kelantan Dato' Ahmad Yakob meluangkan masa melawat tapak perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kelantan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri esok di UTC Kelantan, Jalan Hamzah pagi tadi.

Ahmad meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau tapak perasmian dan lokasi yang akan dilawati oleh Perdana Menteri.

Dalam lawatannya itu beliau turut melawat Agensi-agensi Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Pejabat Pengurusan UTC.

Dalam kesempatan yang sama beliau turut melihat raptai ringkas oleh urusetia perasmian bagi memastikan perjalanan perasmian esok berjalan lancar.

Hadir sama Pengarah Unit Strategi Nasional (NSU), Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Selain itu beliau turut diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan, Mazli Zakuan Mohd Noor, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (P&P) Kumpulan, Mohd Asri Sulaiman dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman.

Sumber: PKINK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan