KELANTAN HAMPIRI SASARAN 38 PINGAT - PARA SUKMA XXI 2024
KOTA BHARU, 26 September- Kontinjen Para Sukan Malaysia (SUKMA) Kelantan semakin hampir untuk mencapai sasaran 38 pingat keseluruhan. Selepas lima hari mengharungi saingan di Kuching Sarawak, setakat pukul 7.15 malam 25 September, Kontinjen Para SUKMA Kelantan telah memenangi 33 pingat keseluruhan iaitu 11 pingat emas, tujuh perak dan 15 gangsa dan berada pada kedudukan keenam. Berbaki tiga hari lagi, Kelantan hanya memerlukan lima pingat lagi untuk mencapai sasaran 38 pingat. Namun begitu, Kontinjen Kelantan perlu mendapat sekurang-kurangnya enam pingat emas dan enam perak untuk mencapai sasaran 17 pingat emas dan 13 perak, sementara pingat gangsa sudah melebihi sasaran dengan 15 gangsa setakat ini. Bersama atlit Boccia Para SUKMA Kelate! Untuk rekod, pada Para SUKMA XXI Sarawak 2024 ini, Kelantan mensasarkan 17 pingat emas, 13 perak dan lapan gangsa menjadikan sasaran pingat keseluruhan adalah 38 pingat. Sementara itu, YAB Menteri Besar, Dato' Panglima Perang, Ustaz Dato' ...