KELANTAN UMUM PAKEJ BANTUAN CAKNA RAKYAT COVID-19 FASA 2 KEPADA PENIAGA KECIL

Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19 Fasa 2 bernilai RM 2.25 Juta untuk peniaga kecil yang terkesan akibat perlaksanaan perintah kawalan pergerakan PKP 3.0 di Negeri Kelantan.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Hj Ahmad Bin Yakob kerajaan negeri memahami kesan ekonomi terhadap peniaga – peniaga kecil yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 pada ketika ini. 

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memperuntukkan RM2.7 juta sebagai bantuan kepada rakyat terkesan COVID-19 diseluruh negeri Kelantan menerusi Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19.


Atas keprihatinan tersebut, Kerajaan Negeri bersetuju untuk fasa kedua dengan memperuntukkan sebanyak RM50 ribu bagi setiap DUN dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM2.25 Juta. Bantuan ini akan disalurkan melalui 45 Pusat Khidmat DUN sebagai pusat khidmat yang bertanggungjawab untuk mengagihkan kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan akibat PKP 3.0

Beliau berkata dengan peruntukan tersebut dapat meringankan beban peniaga-peniaga kecil dan berharap semoga kita semua terus berdoa serta berikhtiar agar Allah S.W.T mengangkat wabak covid19 ini daripada kita semua.- Fauzi MZ / SMNETNEWS


 

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)