KEPUTUSAN STPM AKAN DIUMUMKAN 1 JULAI 2021

 KUALA LUMPUR: - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pada hari ini memaklumkan bahawa keputusan perperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai 2021 iaitu pada hari khamis bermula jam 12:00 tengah hari.

Dalam satu kenyataan media Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan itu calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui keadah yang berikut, melalui semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui pautan  http://stpm.mpm.epu.my/stpmK pada 1 Julai 2021 khamis mulai jam 12:00 tengah hari.

Calan juga boleh menyemak keputusan STPM melalui perkhidmatan SMS bagi ringkasan keputusan dengan menaip  STPM<jarak>No. K/P<jarak>Angka Gilirn dan hantar ke 68886  pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi sehingga 9 Julai 2021 jumaat 12:00 tengah hari dan keputusan calon juga akan dihantar oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi bagi calon yang membekalkan alamat e-mel kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Bagi calon calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan, swasta dan persendirian individu yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri JPN, Pejabat Pendidikan Daerah PPD dan sekolah akan mengenal pasti calon tersebut serta akan memaklumkan keadah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan STPM.

 Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik bagi calon  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 yang akan menerima keputusan perperiksaan ini.- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)