MARA LINER SEDIA 17 BAS EKSPRES UNTUK PROJEK PPV BERGERAK

 

Mara Liner Sdn Bhd menyediakan 17 unit bas ekspres untuk digunakan sebagai Pusat Pemberian Vaksin PPV Bergerak bagi kegunaan kawasan luar bandar dan penempatan orang asli.

Dalam lawatan kerja ke depo bas Mara Liner Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata setiap unit PPV bergerak bas Mara Liner mempunyai sembilan kaunter vaksinasi termasuk satu untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan boleh memberikan vaksin kepada 1,200 penerima apabila beroperasi selama 10 jam.


Dalam lawatan tersebut beliau meninjau persiapan pihak Mara Liner untuk Projek Unit Vaksinasi Bergerak yang bakal beroperasi ke pelusuk kawasan luar bandar khususnya bagi kaum Orang Asli.


Projek ini adalah sebagai salah satu usaha Mara Liner bagi mendukung hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam mencapai sasaran imuniti kelompok menjelang Disember 2021 dan memastikan komuniti masyarakat di luar bandar mendapat akses kepada pendaftaran dan suntikan vaksin.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)