KELANTAN CATAT KADAR SUNTIKAN VAKSIN 12 RIBU DOS SEHARI

Kelantan mencatatkan peningkatan kadar suntikan vaksin COVID-19 kepada 12,000 dos pada satu-satu hari kata exco YB Dr Izani Husin. Beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersetuju membekalkan 550,000 dos vaksin COVID-19 menjelang Julai 2021.

Lebih 42% individu yang layak di negeri Kelantan telah mendaftar sebagai penerima vaksin. Pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan akan menambah lima (5) lagi Pusat Pemberian Vaksin dalam masa terdekat. Klinik swasta dan Hospital swasta di negeri Kelantan juga akan dilibatkan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

 Program 'outreach' akan diperluaskan di seluruh jajahan di negeri Kelantan. Peruntukkan tambahan RM2.25 juta oleh Kerajaan Negeri melalui Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19 Fasa 2 bagi membantu peniaga kecil yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ketika ini.

 Sebelum ini, pihak Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.7 juta sebagai bantuan khas kepada rakyat yang terkesan COVID-19 diseluruh negeri Kelantan menerusi Pakej Bantuan Cakna Rakyat COVID-19. Sebanyak RM50,000 diperuntukkan bagi setiap DUN dengan keseluruhan peruntukan sebanyak RM2.25 juta. 

Bantuan ini akan disalurkan melalui 45 Pusat Khidmat DUN sebagai pusat khidmat yang bertanggungjawab untuk mengagihkan kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan. 



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)