7 LOKALITI DIKENAKAN PKPD BERMULA KHAMIS INI
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 7 lokaliti didalam negara akan dikenakan PKPD iaitu tiga lokaliti di Selangor, dua lokaliti di Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Terengganu serta Sabah akan bermula 1 Julai sehingga
14 Julai 2021.
PKPD tiga lokaliti di daerah Petaling, Selangor melibatkan Mentari Court PJS 8, Taman Perumahan SS 91A Sungai Way dan Pangsapuri Westlite PKNS.
Sehingga kini, KKM telah merekodkan 137 kes di Mentari Court PJS 8, di Taman Perumahan SS 9A Sungai Way 64 kes dan Pangsapuri Westlite PKNS 215 kes dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di ketiga-tiga lokaliti tersebut. Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti dalam daerah Petaling, Selangor berkuat kuasa 1 Julai sehingga 14 Julai 2021. Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan
PKPD Kampung Kubang Jela, Mukim Manir, Kuala Terengganu, Terengganu, Sehingga kini, KKM telah melakukan 111 ujian saringan dan 18 orang penduduk di lokaliti tersebut disahkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 54.3 peratus.
Pada masa sama, KKM mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.
PKPD Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah, Sehingga kini, KKM telah merekodkan sembilan (9) kes setelah 27 orang penduduk menjalani ujian saringan dengan kadar positiviti 33.33 peratus
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di dua lokaliti di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa.
Sehingga kini, KKM telah melakukan 861 ujian saringan di PPR Pantai Ria dan 171 daripadanya disahkan positif COVID-19 manakala di Taman Bukit Angkasa, sebanyak 153 kes direkodkan selepas 697 orang penduduk menjalani ujian saringan.
KKM juga mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di kedua-dua lokaliti itu.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di WP Kuala Lumpur berkuat kuasa 1 Julai sehingga 14 Julai 2021.
Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM melakukan saringan, menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut. - SMNETNEWS