PPV MEGA STADIUM BUKIT JALIL BEROPERASI HARI INI
KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil mula beroperasi hari ini, Isnin, 21 Jun 2021.
Dengan kapasiti 10,000 dos sehari, PPV akan menumpukan golongan bawah 40 tahun di Lembah Klang. Pusat vaksinasi didirikan di trek balapan.
PPV berskala besar itu membolehkan lebih ramai rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang divaksin dengan tumpuan kepada individu berusia 40 tahun ke bawah.
Jika anda mempunyai janji temu vaksinasi yang telah dijadualkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, ini adalah maklumat dan persediaan sebelum anda menuju ke PPV.
PPV Mega Stadium Bukit Jalil ini merupakan inisiatif yang digerakkan selari dengan sasaran Pelan Pemulihan Negara.
.