AKIBAT LEWAT ANGGOTA BOMBA CEDERA DITUMBOK

LAWAS: Seorang anggota bomba cedera selepas diserang seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Belipat, Jalan Punang di Lawas, Sarawak pada sabtu.

Dalam kejadian tersebut, anggota terbabit yang sedang terlibat dalam kerja-kerja pemadaman kebakaran sebuah rumah setingkat ditumbok seorang lelaki dari arah belakang.Seorang lagi lelaki pula bertindak memarahi pasukan bomba yang didakwanya lewat tiba.

Susulan kejadian, anggota bomba terbabit telah membuat laporan polis pada Sabtu. 

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii yang mengesahkan kejadian berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut hari ini.

Terdahulu, pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.18 petang.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)