KEDAI MAKAN DAN RESTORAN BOLEH BEROPERASI DARI 6 PAGI HINGGA 10 MALAM BERMULA ESOK
KUALA LUMPUR, - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, kedai makan dan restoran dibenarkan beroperasi dari 6 pagi sehingga 10 malam bermula esok.
Sebelum ini, operasi melibatkan premis kedai makan dan restoran hanya dibenarkan beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam di seluruh negara.
Beliau berkata, setelah mengambil kira rayuan dan pandangan pengusaha kedai makan, sidang mesyuarat bersetuju untuk menukar waktu operasi premis yang menjual makanan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam berkuatkuasa 28 Jun 2021. - SMNETNEWS