PERTUBUHAN AMAL SENTUHAN QASEH SUMBANG PPE KEPADA KKM
PUTRAJAYA: – YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan hari ini menerima sumbangan Personal Protective Equipment, PPE daripada Pertubuhan Amal Sentuhan Qaseh.
Sumbangan disampaikan oleh Datuk Haji Yusri Haji Ahmad, Pengerusi Program Sumbangan PPE, Pertubuhan Amal Sentuhan Qaseh. Hadir sama dalam semasa penyerahan ini adalah YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Saudara Mohd Hanafi Abdul Mutalib, Pengerusi Pertubuhan Amal Sentuhan Qaseh dan Saudara Zainuddin Yahaya, Setiausaha Kerja Pertubuhan Amal Sentuhan Qaseh.
Menurut Datuk Haji Yusri, Pertubuhan Amal Sentuhan Qaseh bercadang memberikan sumbangan sejumlah 5,000 unit PPE selama sebulan kepada semua petugas kesihatan KKM sepanjang COVID-19 ini. Baju PPE ini djahit sendiri oleh ahli-ahli Kelab Ahli Belia Warisan di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam.
Kementerian Kesihatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pertubuhan Amal Sentuhan Qaseh atas sumbangan ini, yang sudah pasti akan melancarkan tugas semua petugas kesihatan KKM yang sedang berjuang di barisan hadapan berdepan dengan COVID-19 ketika ini.