1.9 JUTA RAKYAT MALAYSIA TERIMA DOS KEDUA VAKSIN

KUALA LUMPUR: - Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan menyatakan demikian dalam satu ciapan di twitternya pada 26 Jun 2021 seramai 1.9 juta rakyat Malaysia telah menerima kedua-dua dos vaksin .

Beliau juga mengucapkan jutaan tahniah kepada semua petugas kesihatan, vaksinator dan sukarelawan yang bertugas di semua  Pusat Pemberian Vaksin PPV seluruh negara. 

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 25 Jun 2021 ialah sebanyak 7,039,072 dos, 215,968 dos pada 25 Jun 2021 dan jumlah yang terima dos pertama ialah sebanyak 5,072,714 orang bagi seluruh negara, daripada jumlah itu sebanyak 1,966,358 orang juga telah menerima kedua-dua dos vaksin.

Status menerima vaksin bagi seluruh negara iaitu Kuala Lumpur 884,781 dos pertama diikuti oleh Sarawak 878,826 dos, Selangor 796,769 dos, Johor 421,952 dos serta Sabah 363,682 dos 

Diikuti negeri Perak sebanyak 303,493 dos, Pulau Pinang 225,399 dos, Kedah 223,631 dos, Negeri Sembilan 163,361 dos, Melaka 123,359 dos, Perlis 63,504 dos, serta bagi Putrajaya 36,279 dos dan Labuan sebanyak 30,193 dos vaksin.

Bagi negeri pantai timur Kelantan mendahului dengan 201,022 dos diikuti oleh negeri Pahang 193,093 dos dan Terengganu 133,570 dos vaksin. - SMNETNEWS


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)