PENGUATKUASAAN SOP BAGI SEKTOR PERKILANGAN DAN PREMIS PERNIAGAAN DIPERTINGKATKAN

 KUALA LUMPUR, - Menteri Kanan Pertahanan menjelaskan, pemantauan dan penguatkuasaan SOP COVID-19 di sektor perkilangan serta premis perniagaan seperti yang diumumkan beberapa hari lepas berkata, Kerajaan akan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.

Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 88,238 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota sebanyak 20,114.

Pada 27 Jun 2021, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan 2,047 pemeriksaan ke atas kilang dan 11,899 premis perniagaan.

Dari jumlah itu, sebanyak lapan (8) premis telah diarahkan tutup kerana didapati melanggar arahan kerajaan dan SOP. - SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)