167 KES BAHARU COVID-19 DI KELANTAN

KOTA BHARU: Kelantan mencatatkan sebanyak 167 kes baharu jangkitan positif covid-19 pada hari ini menunjukkan sedikit penurunan daripada semalam sebanyak 223 kes baharu covid-19.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan melaporkan kes yang altif setakat hari ini sebanyak 3347 kes serta yang sembuh hari ini sebanyak 254 kes tempatan, import 3 kes dan 12 kes penjara/pusat tahanan.

Kota Bharu mencatatkan sebanyak 64 kes baharu diikuti Tumpat 34 Kes, Pasir Puteh 22 kes, Bachok 18 kes, Pasir Mas 13 kes, Machang 5 kes, Gua Musang 4 kes, masing 2 kes di Kuala Krai, Tanah Merah serta penjara dan 1 kes di Jeli.

Bilangan kes tamat tempoh pemantauan empat belas hari sebanyak 269 kes. Semua sepuluh daerah di Kelantan masih tersenarai dalam zon merah. Jumlah kumulatif bagi negeri Kelantan sehingga hari ini sebanyak 33486 kes

Dengan itu pihak JKNK ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat) serta amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn) dalam kehidupan seharian.Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. - Fauzi MZ/ SMNETNEWS



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)