MOF NAFI SURAT KEBENARAN BEROPERASI MULAI 30 JUN 2021 KEPADA OPERATOR PERJUDIAN BERLESEN

 


Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) menafikan pihaknya telah memberi kelulusan kepada Operator Perjudian Berlesen untuk mula beroperasi pada 30 Jun 2021 seperti surat yang telah disunting yang tular di aplikasi Whatsapp. 

MOF menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan surat berkenaan yang didakwa bertarikh 25 Jun 2021 sebaliknya semua Operator Perjudian Berlesen telah diarahkan untuk TUTUP OPERASI sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak serta menegaskan bahawa tiada sebarang kelulusan diberikan kepada operator perjudian berlesen untuk beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)