PM UMUM PELAN PEMULIHAN NEGARA



YAB Perdana Menteri berkata kerajaan akan pertimbang peralihan fasa pertama kepada fasa kedua PKP sekiranya purata kes harian COVID-19 di bawah 4,000. Aktiviti sosial, rentas negeri masih tidak dibenarkan semasa fasa 2 PKP .

PKP Fasa Pertama menyaksikan graf jangkitan kes COVID-19  mula menunjukkan trend melandai dengan 4,949 kes semalam berbanding 9,020 kes pada 29 Mei 2021. 

Keputusan melaksanakan PKP secara menyeluruh berjaya mengelakkan berlakunya peningkatan kes-kes baharu secara lebih mendadak. Tanpa PKP, kes harian COVID-19 akan mencecah lebih 13,000 kes pada hari ini dan seluruh sistem kesihatan akan runtuh. 

Beliau berkata, kadar vaksinasi telah mencecah 197,963 dos semalam (14 Jun) dan akan dipertingkatkan hingga lebih 300,000 dos sehari. Pelan Pemulihan Negara adalah strategi keluar (exit strategy) dari kemelut pandemik Covid-19. Pelan Pemulihan Negara dinamik, perlu penuhi 3 indikator utama untuk bergerak dari fasa 1 ke fasa 4.

Kesemua SOP fasa-fasa akan diperincikan MKN dalam masa terdekat. Peningkatan bekalan vaksin sebanyak 16 juta dos pada hujung bulan Julai ini serta peningkatan kadar pemberian vaksin harian membuatkan kita lebih yakin untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara. - PM Muhyiddin

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)