KSU KKM TINJAU PROGRAM VAKSINASI 'OUTREACH' PGA MARKAS BRIGED TENGAH DI CHERAS

CHERAS: - YBhg. Dato' Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KKM telah mengadakan lawatan kerja ke Program Vaksinasi ‘Outreach’ yang dilaksanakan oleh Klinik Pergigian Bergerak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. 

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dato' Indera Dr. Shaari Ngadiman bersama Timbalan Pengarah KDNKA Gerakan, CP Datuk Mastor Mohd  Ariff serta Dr. Maznah bt Mohd Noor , Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Selangor selaku penyelaras program. 


Program ini merupakan program vaksinasi ‘outreach’ pertama yang melibatkan  tiga buah  Klinik Pergigian Bergerak masing-masing dari daerah Petaling, Klang dan Gombak serta sebuah kenderaan Jabatan Bomba Negeri Selangor. 

Penerima vaksin di bawah "Program Outreach" ini melibatkan 1,002 orang yang terdiri daripada kakitangan petugas barisan hadapan anggota PGA, FRU dan Bomba. 

Program ini dijayakan hasil kerjasama strategik pelbagai agensi antaranya Bahagian Kesihatan Pergigian di bawah JKN Selangor, Pejabat Pergigian Daerah dari Gombak, Klang dan Petaling, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor serta Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras. 

Adalah diharapkan program "outreach" ini akan membantu kerajaan untuk menyegerakan aktiviti vaksinasi kepada rakyat khususnya penduduk  Selangor. 

Semasa lawatan tersebut, YBhg. Dato' KSU juga memberikan motivasi kepada petugas-petugas kesihatan yang sentiasa bertungkus lumus dan berusaha dengan gigih untuk memastikan hasrat kerajaan dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menjadi agenda utama dalam membendung penularan pandemik ini. 

Turut hadir sama adalah Timbalan-Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zailiza, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, SAC Muhammad Bin  Abdul Halim, Komander  Briged Tengah,  ACP Chew Tham Soon, Timb Komander Briged Tengah PGA dan Penyelaras Program Vaksinasi Briged Tengah PGA. 

Program vaksinasi di Markas Briged Tengah PGA Cheras ini beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang setiap hari. - SMNETNEWS



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)