ECONSAVE SUMBANG PERALATAN PERUBATAN KEPADA HTAR
KLANG: Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Baba telah hadir menerima sumbangan Peralatan Perubatan daripada Econsave Cash & Carry kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang
Peralatan perubatan yang disumbangkan oleh Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd ini merangkumi satu (1) unit Mindray Ventilator, dua (2) unit F&P PTUK AIR02 Humidifier With Integrated Flow Generator, sepuluh (10) unit Fresenius Kabi Agila SP MC Advanced Syringe Infusion Pumps, 20 unit meja makan pesakit dan 20 000 unit pelitup muka yang akan digunakan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Pengarah Eksekutif Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd, Lai Sak Coon berkata, sumbangan peralatan perubatan kepada HTAR adalah sebagai salah satu tanggungjawab social korporat (CSR) syarikat itu dalam membantu Negara mengatasi ancaman wabak COVID-19
YB Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr. Adham Baba menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Econsave Cash & Carry Sdn. Bhd di atas sumbangan berkenaan yang dapat dimanfaatkan bagi perawatan pesakit COVID-19.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Dr. Norhizan Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Dato’ Indera Dr. Sha’ari Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, dan Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, YBrs. Dr. Haji Zulkarnain Haji Mohd Rawi.