FAM ANJUR BENGKEL 'REFRESHER FAM TRAIN THE TRAINERS'

KUALA LUMPUR: - Komitmen Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam melahirkan jurulatih yang berkualiti tinggi dan berdaya saing diteruskan menerusi bengkel 'Refresher FAM Train the Trainers' yang bermula semalam sehingga 29 Jun ini. 



Grafik FAM



Selaras dengan Peta Hala Tuju FAM 30, bengkel dalam talian yang dikendalikan oleh Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan FAM, Lim Kim Chon itu telah disertai oleh 14 pendidik jurulatih terpilih di mana mereka adalah pendidik jurulatih berpotensi yang telah mengikuti kursus yang sama pada Mac lalu. 

Kim Chon telah dibantu oleh Ketua Unit Pembangunan Belia FAM, Razip Ismail bersama barisan pendidik jurulatih 'senior' seperti C. Nadarajan, Richard Sinapan, Wan Jamak Wan Hassan, Hassan Sazali, Ishak Kunju, P Ganasamurthy, Ghani Malik, Kris Yong dan Reuben Balraj. 

Majlis pembukaan kursus selama 5 hari itu telah disempurnakan menerusi dalam talian oleh Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee. 

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)