PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH)
PAKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH) YANG DIUMUMKAN OLEH PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN PADA 28 JUN, 2021
1. PEMULIH berjumlah RM150 bilion merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan RM10 bilion
2. RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan disalur pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan
3. RM300,000 disalurkan kepada setiap Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang untuk Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas
4. RM10 juta untuk laksana Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli
5. Peruntukan RM125 juta melalui HRD Corp, laksana inisiatif ‘place and train’ di bawah program Janapreneur
6. Kerajaan perluas sokongan psikososial melalui saluran seperti talian kasih serta peruntukan RM15 juta kepada NGO bantu tangani isu sosial
7. Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus bagi tempoh tiga bulan mulai bil Julai ini
8. Kerajaan laksana Harga Kawalan berasas nilai ambang Crude Palm Oil bagi tangani kenaikan harga minyak masak botol 1kg-5kg
9. Lanjutan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Dis 2021 dengan anggaran nilai RM500 juta, manfaatkan 44 juta pelanggan
10. RM3.8 bilion laksana Program Subsidi Upah 4.0 bantu majikan kekalkan pekerja
11. Tiada lagi syarat had gaji ditetapkan dalam pelaksanaan PSU 4.0
12. RM170 juta telah disalurkan melalui PenjanaKerjaya PERKESO yang manfaatkan 10,600 majikan dan 75,800 pekerja
13. Bantuan one-off RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan
14. RM100 juta pembiayaan, sokongan bantuan kewangan bantu lebih lapan ribu penggiat seni, industri seni dan kreatif tempatan
15. Kerajaan setuju beri bantuan kewangan RM1,000 kepada semua pengusaha kantin sekolah berdaftar
16. Bantuan Khas Taska RM3,000 kepada pengusaha taska seliaan KPWKM serta tadika swasta di bawah KPM
17. Elaun Pekerja Cacat RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, babit RM30 juta ringgit untuk 20 ribu orang OKU
18. Bantuan 'one-off' RM3,000 buat lebih 5,300 agensi pelancongan berdaftar sebagai pendorong atau 'kick start' apabila negara beralih ke fasa ketiga PPN
19. Kerajaan sedia pertimbangkan kebenaran kepada syarikat untuk beroperasi pada kapasiti penuh sekiranya semua pekerja telah lengkap dua dos vaksin
20. Moratorium enam bulan tanpa syarat akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro
21. Kerajaan setuju beri moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam PTPTN
22. KWSP perkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra, membolehkan ahlinya buat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan
23. Kerajaan setuju tangguhkan pembayaran ansuran cukai pendapatan bulanan kepada syarikat; kecualikan cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan kepada pengendali hotel sehingga akhir tahun ini
24. Melalui pakej PEMULIH, BNM bersetuju menambah RM2 bilion lagi untuk akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS
25. Kerajaan telah bangunkan Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) sebagai inisiatif menyeluruh dan bersetuju peruntukkan RM200 juta untuk PMKS dan RM100 juta untuk PKS
26. Kerajaan peruntukkan RM18 juta untuk bank tempatan sediakan 30 unit bank bergerak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, merangkumi 250 kawasan dan mukim di luar bandar.
27. Kerajaan setuju selaras elaun khas petugas barisan hadapan kesihatan terlibat PICK daripada RM200 ke RM600 selama enam bulan mulai Julai
28. Nilai keseluruhan inisiatif berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dianggarkan RM400 juta, akan manfaatkan 1.6 juta rakyat
29. Subsidi sehingga RM30 atas kos tambang teksi dan e-hailing untuk OKU, warga emas bagi dapatkan suntikan vaksin
30. Bayaran sagu hati RM50-RM100 kepada sukarelawan diperluas kepada petugas di lapangan selain PPV, seperti di pusat kuarantin