KELANTAN FC PERKUATKAN PASUKAN MUSIM HADAPAN

 KOTA BHARU: Kelantan FC yang kini diperkuatkan dengan kehadiran pemain pertahanan dan pemain tengah baharu, menyasarkan untuk beraksi pada saingan Liga Super musim hadapan.

Pengarah Teknikal TRW Kelantan FC, Abdul Nasir Yusof berkata, pihaknya percaya kehadiran Mohd Zubir Azmi dan Syed Sobri Syed Mohamad mampu menampung kekurangan pasukan mengharungi baki saingan Liga Perdana sekali gus mencapai sasaran ditetapkan.

“Kehadiran pemain berpengalaman seperti mereka berdua ini amat ditagih pasukan, dan akan memberi ruang kepada ketua jurulatih Marco Ragini untuk membentuk pasukan yang lebih baik, di mana ketika ini rata-ratanya dibarisi pemain muda,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kelab Bola Sapak The Red Warrios Kelantan (TRW Kelantan) pada Khamis lalu mengumumkan, Mohd Zubir yang sebelum ini bersama Sabah dan Syed Sobri dari UKM FC, menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M).

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)