KAUNTER PERKHIDMATAN KERAJAAN MULA BEROPERASI 1 JULAI 2021
PUTRAJAYA, - Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, pada ketika ini, pengoperasian perkhidmatan kaunter Kerajaan tidak beroperasi secara fizikal dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara kecuali kaunter perkhidmatan kesihatan, balai polis dan di pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan perkastaman, imigresen serta kuarantin sejak 1 Jun 2021.
Beliau berkata, setelah meneliti keperluan pembukaan kuanter perkhidmatan Kerajaan yang mendesak berdasarkam maklum balas awam, maka Kerajaan memutuskan pembukaan kaunter perkhidmatan Kerajaan di seluruh negara akan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai 2021
Pengoperasian khidmatan kuanter seperti berikut, perkhidmatan kaunter yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian, kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus dan kehadiran secara fizikal hanya melalui temu janji berjadual.
Beliau dengan itu menekankan supaya Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi setiap masa dalam mengimbangi penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan dan pencegahan penularan wabak COVID-19 di tempat bertugas. - SMNETNEWS