LEBIH 100 RIBU IBU HAMIL DAFTAR UNTUK VAKSINASI

KUALA LUMPUR, - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan serta YBhg. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri meluangkan masa meninjau proses vaksinasi ibu mengandung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) semalam. 

Setakat semalam, melalui aplikasi MySejahtera telah menerima sebanyak 109,607 pendaftaran bagi vaksinasi daripada golongan ibu mengandung di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 11,663 orang dijangka bersalin pada Ogos ini.

Sebuah dewan telah disediakan khas di MITEC untuk ibu mengandung divaksinasi semalam dan hari ini yang menyaksikan lebih kurang 3,000 ibu mengandung menerima suntikan vaksin COVID-19. 

Berdasarkan panduan yang telah dikemaskini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, vaksin Astrazeneca dan Sinovac kini sesuai untuk diberikan kepada ibu yang sedang menyusukan anak dan yang sedang hamil antara 14 hingga 33 minggu. 

Beliau berkata, dalam Pelan Pemulihan Negara yang telah diumumkan Perdana Menteri janji temu untuk suntikan ibu mengandung diutamakan bagi mendapat vaksinasi kerana tergolong dikalangan kumpulan berisiko tinggi yang perlu divaksin. 

Beliau berkata lagi, lebih banyak janji temu untuk suntikan vaksin akan diberikan kepada ibu mengandung mengikut keutamaan berdasarkan jangkaan tarikh bersalin (EDD).- SMNETNEWS



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)