PEMULIH - PENDUDUK LUAR BANDAR DAPAT MENAFAAT
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan (PEMULIH) diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diharap akan dapat dimanfaatkan sebaiknya penduduk luar bandar dalam memulihkan kehidupan ketika pandemik COVID19 sehingga beberapa bulan mendatang.
Beliau berkata, ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penduduk luar bandar dalam mengharungi pelbagai cabaran ketika situasi sukar ini.
Bantuan yang disalurkan melalui agensi MARA di bawah KPLB diharap dapat membantu lebih ramai usahawan dan peminjam yang terkesan sekaligus dapat meringankan bebanan.
Peruntukan RM300,000 untuk pelaksanaan bakul makanan kepada setiap ahli parlimen adalah sangat baik secara langsung dapat memberikan bantuan makanan di kawasan masing-masing.
Seeloknya bantuan yang diberikan ini akan disalurkan sebaik mungkin bagi meringankan beban mereka yang terkesan katanya. - SMNETNEWS