PEKEJ PERLINDUNGAN RAKYAT DAN PEMULIHAN EKONOMI (PEMULIH) RM150 BILION DIUMUMKAN KERAJAAN
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan nilai keseluruhan pakej PEMULIH berjumlah RM150 bilion yang merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion.
Malah, Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) juga bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PEMULIH bertujuan memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.
Menerusi fokus pertama Perdana Menteri berkata, kerajaan komited meneruskan agenda prihatin rakyat dengan menyalurkan Bantuan Tunai Langsung sehingga hujung tahun ini bernilai RM10 bilion. SMNETNEWS