OPERASI BERSEPADU PENGUATKUASAAN SEKTOR PEMBUATAN DIBAWAH AKTA 342 DI SEREMBAN

 Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan bersama IPD Seremban dan Balai Polis Senawang bertindak atas aduan orang awam, satu pemeriksaan telah dijalankan bertempat di Senawang. 



Hasil pemeriksaan mendapati, tiada pelanggaran SOP PKP berlaku dan kehadiran pekerja mematuhi kapasiti 60% seperti yang ditetapkan didalam SOP AM PKP Fasa Pertama.

Pemeriksaan seumpama ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP PKP Fasa Pertama yang berkuatkuasa sentiasa dipatuhi.

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan berharap semua pihak bertanggung jawab memainkan peranan utk membendung, mengawal serta mencegah penularan wabak pandemik Covid-19 di Negeri ini. - SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)