KERAJAAN SIAP SIAGA BUKA PKRC BERISIKO RENDAH
Kerajaan sentiasa bersiap siaga untuk membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID19 Berisiko Rendah (PKRC) baharu mengikut keperluan semasa perkembangan kes positif COVID-19 di negara ini.
Semakan berkaitan keperluan itu akan dilakukan dari semasa ke semasa walaupun setakat ini tiada keperluan mendesak diterima di mana-mana kawasan atau negeri untuk membuka PKRC baharu - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
Rakyat juga diingatkan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di negara ini.