KENYATAAN AKHBAR KPK | 17 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 7,530 kes (608,465 kes kumulatif, 89.6%); 

• Kes baharu : 5,738 kes (678,764 kes kumulatif);

• Kes import : 3 kes (3 bukan warganegara);

• Kes tempatan : 5,735 kes [4,522 warganegara (78.8%); 1,213 bukan warganegara (21.2%)];

• Kes aktif : 66,097 kes;

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 909 kes; 

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 441 kes;

• Kes kematian : 60 kes (4,202 kes kumulatif, 0.62%; 58 warganegara, 2 bukan warganegara);

• Jumlah kluster : 2,557 kluster; 

• Jumlah kluster baharu : 25 kluster;

• Jumlah kluster yang telah tamat :1,762 kluster; dan

• Jumlah kluster aktif : 795 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 20 kes di Selangor, 10 kes di Negeri Sembilan, sembilan (9) kes di Johor, masing-masing empat (4) kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua (2) kes di Sarawak, Melaka, dan Kedah, serta masing-masing satu (1) kes di Kelantan, Perak, Terengganu, dan Pulau Pinang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/06/17/kenyataan-akhbar-kpk-17-jun-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)