TIGA INDIKATOR PENTING BAGI PERALIHAN FASA DALAM PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) - ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR, - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakub berkata dalam kenyataan media pada hari ini, peralihan bagi setiap Fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak tertakluk kepada satu-satu tarikh semata-mata sebaliknya ia bergantung kepada tiga indikator nilai ambang utama yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini.

Tiga indikator tersebut ialah purata kes harian COVID-19, kadar penggunaan katil di ICU serta kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap.

Sekiranya ketiga-tiga indikator itu berjaya dipenuhi, maka ia akan beralih ke Fasa seterusnya. Lagi cepat kita mencapai nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator itu, lagi cepatlah kita dapat beralih ke fasa berikutnya.

Sehubungan itu, adalah amat penting untuk setiap rakyat Malaysia mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan dan mengamalkan kawalan kendiri bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Hanya dengan itu, kes harian COVID-19 dapat diturunkan, sekaligus mengurangkan jumlah p--esakit yang dirawat di ICU.- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)