PKPD TAMAN SRI PURNAMA, PASIR PUTEH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan. Sehingga kini, seramai 90 orang penduduk telah disaring dan 16 orang daripadanya dilaporkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 17.8%.
KKM juga mendapati penularan kes berlaku dengan pantas dalam tempoh seminggu dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.
Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Sri Purnama, Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan berkuat kuasa 20 Jun sehingga 3 Julai Jun 2021.
Pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.