PKPD KAMPUNG PULAU TUKANG DOLLAH BERMULA 25 JUN 2021

Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin,  Kota Bharu, Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD bermula pukul 12:01 tengah malam 25 jun sehingga 8 julai 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kampung Pulau Tukang Dollah,Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. KKM telah melakukan ujian saringan ke atas 63 orang penduduk di lokaliti tersebut dan 41 daripadanya dikesan positif COVID-19 dengan kadar positif 65%.

Pada masa sama, KKM mendapati kes telah meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan berkuat kuasa 25 Jun sehingga 8 Julai 2021.

Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM melakukan saringan, menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)