18 RIBU PENGAMBILAN KHAS GURU SECARA ONE-OFF : DR RADZI JIDIN
KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin dalam sidang media pagi tadi telah mengumumkan pengambilan khas besar-besaran guru baharu secara one-off. Pengambilan yang melibatkan 18,702 perjawatan ini dirancang dengan penuh teliti bagi merungkai isu kekurangan guru yang telah berlarutan bertahun-tahun lamanya.
Pengambilan khas ini menjadi kenyataan dengan adanya koloborasi strategik diantara KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
KPM akan terus bekerjasama rapat dengan SPP, selaku Pihak Berkuasa Melantik, untuk menjayakan pendekatan baharu bagi memastikan pengambilan secara besar-besaran ini dapat memenuhi keperluan guru di sekolah seluruh Malaysia.
Menteri Kanan Pendidikan berkata lagi dalam sidang medianya perkara ini merupakan antara usaha yang diberi perhatian oleh KPM dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negera
Beliau berkata, sekarang adalah perkara sangat penting untuk negara dan beliau berharap semoga dapat diberi sokongan serta kepercayaan kepada kami untuk terus melakukan yang terbaik untuk negara. - SMNET News