LEBIH 300 RIBU TELAH TERIMA VAKSINASI DI KELANTAN

KOTA BHARU, - Statistik Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Di Negeri Kelantan Mengikut Daerah Pada 29 Jun 2021 sehingga Jam 11:59 malam, lebih 300 ribu telah di vaksinasi setakat ini.



Menurut laporan terkini sehingga, jumlah kumulatif pemberian DOS 1 & DOS 2 vaksin di Kelantan adalah sebanyak 334,534 DOS, iaitu bagi DOS pertama 214,078 dan bagi DOS kedua sebanyak 120,456 ribu penerima sehingga 29 Jun 2021 .


Bagi pemberian vaksin bagi setiap daerah di Kelantan, Kota Bharu mendahului dengan suntikan sebanyak 221,768 dos iaitu 56.4 peratus diikuti oleh daerah Pasir Mas 80,019 (52.7%), Tumpat 64,893 (52.8%), Tanah Merah 50,334 (51.1%), Pasir Puteh 47,444 (50.9%), Machang 37,107 (49.9%), Bachok 50,784 (47.9%), Jeli 14,407 (43.4%), Kuala Krai 37,793 (42.2%) dan Gua Musang sebanyak 31,514 dos iaitu 43.1 peratus. - SMNETNEWS






Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)