ENAM KES VARIAN BAHARU VIRUS SARS-CoV-2 DALAM MASA DUA HARI
Kementerian Kesihatan Malaysia KKM hari ini memaklumkan bahawa terdapat kes varian baharu dalam masa dua hari, diantara 20 Jun 2021 sehingga 22 Jun 2021, sebanyak enam (6) kes varian baharu virus SARS-CoV-2 telah dilaporkan di mana kesemuanya adalah VOC iaitu;
- Lima (5) kes varian Beta (B.1.351); dan
- Satu (1) kes varian Delta (B.1.617.2).
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan VOI adalah sebanyak 189 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 173 kes adalah VOC manakala 16 kes adalah VOI.
Perincian kes-kes baharu positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti di lampiran dibawah