PERNIAGAAN DAN EKONOMI TERJEJAS SECARA DRASTIK - AHMAD ZAHID HAMIDI
KUALA LUMPUR: - Kerajaan Perikatan Nasional PN menguar-uarkan ekonomi semakin baik, tetapi mereka yang terlibat dalam kitaran ekonomi kata sebaliknya kata Ahmad Zahid Hamidi
Daripada peniaga kecil, peniaga besar, kapten industri sehingga kepada penganalisis ekonomi. Siapa yang betul? Mana satu yang betul? Kerajaan PN yang betul atau mereka ini yang betul? Rakyat dibawah kena tahu betul-betul.
'Total lockdown' suam-suam kuku bermula 1 Jun lalu dilapor sedang menjejaskan perniagaan dan ekonomi secara drastik. Sehingga mereka merayu supaya kerajaan PN lebih bijaksana dalam meneliti data Covid-19 berdasarkan sektor ekonomi dan lokaliti.
Malah dilaporkan 30 peratus pasar raya telah ditutup dan 300,000 kakitangannya hilang pekerjaan sejak 16 bulan yang lalu. Apapun ini keluhan mereka yang terlibat secara langsung dalam sektor ekonomi negara, dalam bidang perniagaan.
Maka 'pleaselah' kerajaan PN. Sila bersikap telus dan jujur. Ramai sedang merasai impak buruk ekonomi. Beliau berkata kerajaan PN supaya arahkan bank beri moratorium automatik secara pukal dengan segera. Setiap kelompok anggota masyarakat perlukan bantuan itu.
Jika bukan kepada kerajaan mereka berharap, kepada siapa lagi mereka boleh merayu agar permintaan dipenuhi? Segala keputusan dan kuasa ditangan kerajaan PN. Segala jentera pentadbiran, kewangan negara dibawah kerajaan PN.
Beliau berkata lagi jika masih dibawah kerajaan BN InsyaAllah perkara ini jauh lebih mudah untuk diuruskan. Atikal ini adalah petikan dari sumber facebook Zahid Hamidi. - SMNET NEWS