TINJAUAN PKP LOCKDOWN OLEH KETUA POLIS DI KAWASAN TUMPUAN ORANG RAMAI SEKITAR BANDAR KOTA BHARU KELANTAN
Kota Bharu, 02 Jun 2021 – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Lockdown telah dikuatkuasakan selama 14 hari mulai semalam iaitu 01 hingga 14 Jun 2021, YDH DCP Dato’ Shafien bin Mamat, Ketua Polis Kelantan telah membuat tinjauan dan pemantauan di dua lokasi kawasan tumpuan orang ramai di Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasaraya LOTUS (TESCO) Kota Bharu Kelantan dan lokasi Sekatan Jalanraya Pasir Pekan.
Hasil daripada tinjauan mendapati Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menempatkan anggota-anggota penguatkuasa di semua pintu masuk Pasar Besar Siti Khadijah bagi tugas mengawal dan memantau tahap kepatuhan masyarakat terhadap pelaksanaan Prosedur Opersasi Standard (SOP) ketika berada di pasar awam.
Selain daripada itu juga, YDH Ketua Polis Kelantan turut membuat tinjauan ke Pasaraya LOTUS (TESCO) dan mendapati pihak pengurusan pasaraya juga mengambil langkah dan pendekatan yang proaktif dengan menghadkan jumlah kemasukan pelanggan dalam satu-satu masa bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
YDH Ketua Polis Kelantan amat berpuas hati dengan tinjauan yang dijalankan apabila mendapati rakyat Negeri Kelantan secara keseluruhannya mematuhi Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan (SOP PKP) Lockdown ini dan berharap dalam tempoh PKP ini masyarakat dapat bersabar dan memberi kerjasama penuh terhadap pihak penguatkuasa dengan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan agar rantaian virus Covid-19 dapat kita putuskan.
#poliskontinjenkelantan
#pdrmkelantan
#pdrmkelantan_official
#staysafestayhome
#kitajagakitademojagademo
#kitabelummenang
SUMBER & FOTO : Polis Kontinjen Kelantan