YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN MENGURNIAKAN SUMBANGAN PETI SEJUK TOP LOADING KEPADA JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN
Penyerahan 5 buah peti simpanan ini diadakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu dan telah disempurnakan oleh YM. Dato’ Haji Tengku Azmi bin Tengku Jaafar, Penglola Istana D’Raja Kelantan kepada YBhg. Dato’ Dr. Zaini bin Hussin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.
YTM Tengku Mahkota Kelantan amat prihatin dan mengambil berat terhadap masalah serta kekangan yang dihadapi oleh pihak KKM dalam memastikan kelancaran proses pemberian vaksin ini. Dimaklumkan peti penyimpanan ini akan ditempatkan di lima Klinik Kesihatan iaitu di Perol, Wakaf Bharu, Kuala Balah, Cherang Ruku dan Kuala Krai.
YTM Tengku Mahkota Kelantan benar-benar berharap agar rakyat jelata mendaftar dan dapat menghadirkan diri ke program suntikan imunisasi Covid-19 bagi mencapai imuniti kelompok vaksin Covid-19 khususnya di Negeri Kelantan.