KETUA SETIAUSAHA NEGARA MELAWAT PPV MEGA STADIUM BUKIT JALIL

KUALA LUMPUR: - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini bersama pihak MKN dan MOSTI membuat tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) keempat bertaraf mega di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

PPV Stadium Nasional Bukit Jalil mula beroperasi pada 21 Jun 2021 dengan kapasiti pemberian suntikan maksimum sebanyak 10,000 dos sehari. Beliau difahamkan bahawa PPV ini memberi keutamaan kepada golongan bawah 40 tahun di Lembah Klang.

Seluruh trek balapan stadium telah bertukar wajah kepada 78 ruang suntikan dengan 1,600 ruang menunggu dalam satu-satu masa. 


Beliau ucapkan terima kasih kepada 355 petugas dan sukarelawan yang ditempatkan di PPV mega ini yang terdiri daripada penjawat awam, pegawai dan anggota polis, petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta sukarelawan dari Malaysia Airlines. Syabas dan tahniah semua.

Beliau berkata lagi, In sha Allah mudah-mudahan dengan segala ikhtiar ini dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan rakyat dengan lebih cepat lagi.

SUMBER: FB Ketua Setiausaha Negara

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)