60 KEMATIAN BAHARU DILAPORKAN HARI INI - KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes kematian terkini covid-19 di dalam negara adalah sebanyak 60 kes melibatkan 52 warganegara serta 8 bukan warganegara dan jumlah kumulatif sebanyak 4,944 kes kematian.
 Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu sebanyak 20 kes kematian akibat covid-19 pada hari ini diikuti 16 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, enam (6) kes di Kelantan, lima (5) kes di Johor, empat (4) kes di Negeri Sembilan, tiga (3) kes di Sarawak, masing-masing dua (2) kes di Melaka dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kes kematian melibatkan 28 orang lelaki dan 32 perempuan serta melibatkan peringkat umur 60 tahun keatas sebanyak 37 kes, umur 30 hingga 57 tahun 19 kes dan umur bawah 30 tahun sebanyak 4 kes. - SMNETNEWS. 




Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)