40 TOK BATIN TERIMA VAKSIN DI PPV BERGERAK BAS MARA LINER

SUNGAI SIPUT: - YB Dato' Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar  berkesempatan menyantuni masyarakat Orang Asli yang hadir mendapatkan suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) di Orang Asli One Stop Centre (OAOSC), Sungai Siput, Perak sebentar tadi. 


Beliau terus gigih turun padang untuk memastikan masyarakat Orang Asli tidak ketinggalan dalam mendapatkan suntikan vaksin dan bagi meninjau proses pemberian vaksin serta kemudahan yang disediakan di pusat itu kerana Sungai Siput telah menjadi lokasi pertama PPV Bas Bergerak MARA Liner sebagai usaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membawa suntikan vaksin COVID-19 ke kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli.

Hari ini, seramai 100 orang masyarakat Orang Asli menerima suntikan vaksin COVID-19. Daripada jumlah tersebut, seramai 40 orang adalah Tok Batin masyarakat Orang Asli di Daerah Kuala Kangsar manakala 60 orang adalah warga emas masyarakat Orang Asli di sini.


Program ini dijayakan melalui kerjasama di antara Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bas Bergerak MARA Liner, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar, Hospital Daerah Sungai Siput serta beberapa agensi kerajaan lain untuk melancarkan Kempen Imuniti Berkelompok di Sungai Siput, Perak.


Turut hadir, YBhg. Dato' Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus, Ketua Setiausaha KPLB. Pihak kementerian menyeru kepada seluruh masyarakat Orang Asli untuk mendaftar pengambilan vaksin COVID-19. Pendaftaran boleh dibuat di aplikasi MySejahtera atau secara manual melalui bantuan pegawai JAKOA Daerah dan Negeri masing-masing. JAKOA sentiasa bersedia membantu masyarakat Orang Asli untuk mendaftar serta membawa masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman ke PPV untuk mengambil suntikan vaksin.



Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)