TENGKU ZAFRUL BINCANG DENGAN KWSP DAN BANK NEGARA TENTANG PELAN PEMULIHAN NEGARA
KUALA LUMPUR, - Menteri Kewangan, YB Senator Dato' Sri Tengku Zafrul pada minggu ini sekali lagi telah mengadakan berbincang dengan KWSP dan Bank Negara. Beliau berkata teringat kembali peristiwa tahun lalu, bila Kerajaan buat pertama kali dalam sejarah perkenalkan i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat hadapi cabaran Covid-19.
Beliau berkata lagi, bahawa negara adalah antara yang terawal di dunia memperkenalkan inisiatif sebegini. Pada mulanya digasak oleh suara-suara yang membangkang. Kemudiannya, ada dikalangan mereka yang sedar kesan positif pada rakyat dan mula menyokong program ini. Alhamdulillah mereka sedar, katanya lagi.Dengan hadirnya Pelan Pemulihan Negara, inilah masa yang tepat untuk kita kembalikan inisiatif sebegini bagi membantu rakyat dan perniagaan. Kerajaan tidak pernah putus-putus membantu rakyat dan sentiasa berusaha memikir solusi bersama.- SMNETNEWS